Pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya mengawal masalah
disiplin daripada mengganggu keberkesanan kelancaran aktiviti di
dalam biliki darjah. Terdapat pelbagai intervensi yang boleh diguna oleh guru dalam
menangani masalah disiplin.
Antaranya;
- Pastoral Care
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknik modifikasi Tingkah Laku
Pastoral Care
Merujuk
kepada perkhidmatan
jagaan kerohanian dan kaunseling. Dalam konteks
pendidikan, pastoral
care bermaksud
amalan guru dari segi
menjaga kebajikan peribadi dan sosial murid-muridnya
dalam aspek;
- Isu-isu kesihatan
- Sosial dan pendidikan moral
- Pengurusan tingkah laku
- Sokongan emosi
§ Hornby, Hall & Hall
(2003), Pastoral
care merujuk
kepada proses
pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari
segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional.
§ Pastoral care ialah
elemen sokongan
selain daripada tugas
guru dalam bidang akademik dan membantu guru bagi merialisasikan kehendak FPK dan PIPP untuk
menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis.
§ Pastoral care fokus kepada aktiviti;
ü berpusatkan murid yang membentuk murid secara individu.
ü memotivasikan murid.
ü mendedahkan murid dengan ciri-ciri
kepimpinan.
ü penerapan nilai-nilai murni, moral dan
agama.
§ Terdapat tiga jenis strategi pastoral,
iaitu kaunseling, bimbingan,
dan pendidikan
peribadi serta sosial.
ü Kaunseling: Membantu
murid-murid secara individu/kelompok untuk menangani masalah yang
sedang mereka alami serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan.
ü Bimbingan: Membantu
murid-murid secara individu/kelompok membuat keputusan berhubung
hal-hal peribadi, akademik/kerjaya.
ü Pendidikan Peribadi dan Sosial: Isu-isu penting boleh
diterapkan/diintegrasikan dan disampaikan
sebagai satu mata pelajaran yang berasingan oleh guru-guru bimbingan, guru bimbingan
dan kaunseling dll.
Bimbingan dan Kaunseling
§ Merupakan salah satu cara
intervensi yang berkesan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah/kesulitan. Merupakan
proses yang berlanjutan
dan berterusan, bagi membantu murid-murid mengetahui /menyedari kebolehan &
potensi serta kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian
persekitaran.
§ Melalui bimbingan, potensi murid akan dikembangkan
secara maksimum agar murid memperoleh keharmonian dan kejayaan dalam dalam kelas.
§ Intervensi awal dalam bentuk bimbingan di dalam bilik darjah
akan membantu murid daripada terjebak ke dalam masalah /salah laku yang lebih
serius. Manakala
kaunseling pula adalah
satu bentuk perkhidmatan yang profesional, dilakukan oleh
guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang telah menerima khusus dalam
khidmat kaunseling.
§ Kaunseling
merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu klien, iaitu murid untuk memahami
dirinya yang sebenar, kekuatan dan kelemahan diri supaya murid dpt membuat
keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.
§ Seseorang guru kaunselor
akan cuba membantu
kliennya untuk mencapai matlamat hidup yang realistik supaya murid tersebut
dapat mengembangkan potensi diri secara optimum dan dapat menyesuaikan diri
dalam masyarakat dengan baik.
§ Bimbingan dan kaunseling bukan merupakan satu
khidmat atau proses yang berbentuk arahan atau penyelesaian masalah,
tetapi ia lebih kepada ;
- khidmat nasihat
- Bimbingan dan bantuan untuk individu mengenal diri
- Dapat membuat keputusan sendiri.
§ Pembimbing dan kaunseling bukan membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah klien
tetapi sebagai usaha membantu klien mengenal pasti kekurangan diri.
§ Etika bimbingan & Kaunseling:
- Etika kaunseling merujuk kepada satu sistem prinsip tatalaku
yang
menjadi garis panduan tingkah laku seorang
individu (APA, 2002).
- Di antara etika
dalam B&K;
- Sifat menghormati murid
- Kerahsiaan
- Keperihatinan dan bertanggungjawab
Teknik Modifikasi Tingkah
laku
Modifikasi
tingkah laku merujuk kepada penggunaan
teknik-teknik pemelajaran asas untuk mengubah tingkah laku manusia, sama ada
meningkatkan tingkah laku wajar, atau mengurangkan/menghapuskan tingkah laku
yang tidak wajar.