Kategori
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
1. Terencat
akal
2. Masalah kerosakan sensori
· Masalah kecacatan fizikal: cerebral palsy, musculor
dystrophy, spina bifida, sawan
(epilepsy)
(epilepsy)
· Masalah penglihatan
· Masalah pendengaran
· Masalah komunikasi: masalah bahasa, masalah pertuturan
3. Masalah
pembelajaran
· Masalah membaca
· Masalah menulis
· Masalah mengira
· Masalah komunikasi: diskalkulia, disgrafia, disleksia
4. Autistik (autism)
5. Lewat perkembangan
6. Hiperaktif (ADHD
dan ADD)
7. Pintar cerdas atau
berbakat
Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:
· Pengurusan bilik darjah
yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah, tingkah
laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan.
· Pengetahuan dan kemahiran
tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keprluan murid yang
berbeza.
· Keupayaan menilai
kemahira yang diperlukan seseorang murid.
· Menetapkan objektif
pembelajaran yang sesuai dan realistik.
· Mengubahsuai aktiviti
dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta
kebolehan murid yang berada pada
tahap berbeza did alam kelas.
· Menstruktur
persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya.
· Menggunakan
strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif
untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah.
· Menekankan kepentingan
menghormati rakan sebaya.
· Menghargai perbezaan
dalam kalangan individu.
· Mempunyai harapan yang
tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya.
· Membina hubungan yang
baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru pendidikan khas
agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan murid
tersebut.
Pengurusan
bilik darjah yang mempunyai murid bekerpeluan khas memerlukan guru membentuk
semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan
membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada
keprluan individu.
No comments:
Post a Comment