Masalah disiplin dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian para pendidik. Mengganggu P&P, menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Kindsvatter (dlm. Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku. Berdasarkan takrifan di atas, maka Choong Lean Keow (2009) mentakrifkan masalah disiplin sebagai tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mengganggu pengajaran guru.
ii. Mengganggu hak murid-murid untuk belajar.
iii. Menimbulkan rasa kurang
selamat murid
dari segi psikologi dan fizikal.
§ Masalah disiplin
sekolah dikategorikan kepada empat jenis;
1. Jenayah
2. Kelakuan Negatif
3. Membolos
2. Kelakuan Negatif
3. Membolos
4. Menipu
Bukan semua murid
menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Guru juga perlu
ingat bahawa bukan
semua masalah disiplin berpunca daripada murid. Guru
dan sekolah berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni
di dalam bilik darjah, agar P&P dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan. Guru hendaklah
mengambil tindakan
segera/serta-merta bagi memastikan perbuatan murid yang berkenaan tidak
mengganggu hak dan keselamatan murid-murid lain untuk belajar.
No comments:
Post a Comment