Pages

Showing posts with label NOTA. Show all posts
Showing posts with label NOTA. Show all posts

^_^ Pengurusan Bilik Darjah yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas


Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


1.     Terencat akal 


2.     Masalah kerosakan sensori 

·        Masalah kecacatan fizikal: cerebral palsy, musculor dystrophy, spina bifida, sawan
      (epilepsy)


·        Masalah penglihatan  

·        Masalah pendengaran  

·        Masalah komunikasi: masalah bahasa, masalah pertuturan  


3.     Masalah pembelajaran

·        Masalah membaca

·        Masalah menulis 

·        Masalah mengira 

·        Masalah komunikasi: diskalkulia, disgrafia, disleksia


4.     Autistik (autism)    


5.     Lewat perkembangan 


6.     Hiperaktif (ADHD dan ADD) 


7.     Pintar cerdas atau berbakat 


8.     Masalah emosi dan tingkah laku     
Aspek  yang perlu diberikan perhatian ialah:


·        Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan.


·        Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keprluan murid yang berbeza.


·        Keupayaan menilai kemahira yang diperlukan seseorang murid.


·        Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik.


·        Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada  tahap berbeza did alam kelas.


·        Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya.


·        Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah.


·        Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya.


·        Menghargai perbezaan dalam kalangan individu.


·        Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya.


·        Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan murid tersebut. 



Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid bekerpeluan khas memerlukan guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada keprluan individu.




^_^ Intervensi dalam Menangani Masalah Disiplin

Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya mengawal masalah disiplin daripada mengganggu keberkesanan kelancaran aktiviti di  dalam biliki darjah. Terdapat pelbagai intervensi  yang boleh diguna oleh guru dalam menangani masalah disiplin. Antaranya;
-          Pastoral Care
-          Bimbingan dan Kaunseling
-          Teknik modifikasi Tingkah Laku 


Pastoral  Care


Merujuk kepada perkhidmatan jagaan kerohanian dan kaunseling. Dalam konteks pendidikan, pastoral care bermaksud amalan guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial murid-muridnya dalam aspek;
-          Isu-isu kesihatan
-          Sosial dan pendidikan moral
-          Pengurusan tingkah laku
-          Sokongan emosi 
§  Hornby, Hall & Hall (2003), Pastoral care merujuk  kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional.
  
§  Pastoral care ialah elemen sokongan selain daripada tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru bagi merialisasikan kehendak FPK dan PIPP untuk menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis.

§  Pastoral care fokus kepada aktiviti;
ü  berpusatkan murid yang membentuk   murid secara individu.
ü  memotivasikan murid.
ü  mendedahkan murid dengan ciri-ciri   kepimpinan.
ü  penerapan nilai-nilai murni, moral dan   agama.

§  Terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling, bimbingan, dan pendidikan peribadi serta sosial.
ü  Kaunseling: Membantu murid-murid secara individu/kelompok untuk menangani masalah yang sedang  mereka alami serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan. 

ü  Bimbingan: Membantu murid-murid secara individu/kelompok membuat keputusan berhubung hal-hal peribadi, akademik/kerjaya. 

ü  Pendidikan Peribadi dan Sosial: Isu-isu penting boleh diterapkan/diintegrasikan  dan disampaikan  sebagai satu mata pelajaran yang berasingan oleh guru-guru bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling  dll.



Bimbingan dan Kaunseling 



§  Merupakan salah satu cara intervensi yang berkesan untuk membantu murid yang menghadapi masalah/kesulitan.  Merupakan proses yang berlanjutan dan berterusan, bagi membantu murid-murid mengetahui /menyedari kebolehan & potensi serta kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian persekitaran.  

§  Melalui bimbingan, potensi murid akan dikembangkan secara maksimum agar murid memperoleh keharmonian dan kejayaan dalam dalam kelas.  

§  Intervensi awal dalam bentuk bimbingan di dalam bilik darjah akan membantu murid daripada terjebak ke dalam masalah /salah laku yang lebih serius. Manakala kaunseling pula adalah satu bentuk perkhidmatan yang profesional, dilakukan oleh guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang telah menerima khusus dalam khidmat kaunseling.  

§  Kaunseling  merupakan satu proses  di mana guru kaunselor membantu klien, iaitu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, kekuatan dan kelemahan diri supaya murid dpt membuat keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.  

§  Seseorang guru  kaunselor akan cuba membantu kliennya untuk mencapai matlamat hidup yang realistik supaya murid tersebut dapat mengembangkan potensi diri secara optimum dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dengan baik.  

§  Bimbingan dan kaunseling bukan merupakan satu khidmat atau proses yang berbentuk  arahan atau penyelesaian masalah, tetapi ia lebih kepada ; 
-          khidmat nasihat 
-          Bimbingan dan bantuan untuk individu mengenal diri  
-          Dapat membuat keputusan sendiri.        

§  Pembimbing dan kaunseling bukan membuat keputusan atau menyelesaikan  masalah klien tetapi sebagai usaha membantu klien mengenal pasti kekurangan  diri.

§  Etika bimbingan & Kaunseling: 
-          Etika kaunseling merujuk kepada satu sistem prinsip tatalaku yang
      menjadi garis panduan tingkah laku seorang individu (APA, 2002).
 
-    Di antara etika  dalam B&K;
-          Sifat menghormati murid 
-          Kerahsiaan 
-          Keperihatinan dan bertanggungjawab


Teknik Modifikasi Tingkah laku

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada penggunaan teknik-teknik pemelajaran asas untuk mengubah tingkah laku manusia, sama ada meningkatkan tingkah laku wajar, atau mengurangkan/menghapuskan tingkah laku yang tidak wajar.





^_^ Jenis-jenis Masalah Disiplin


Masalah disiplin dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian para pendidik. Mengganggu P&P, menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Kindsvatter (dlm. Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku. Berdasarkan takrifan di atas,  maka  Choong Lean Keow (2009) mentakrifkan masalah disiplin  sebagai tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri berikut:

                                                                                                
i. Mengganggu pengajaran guru.

 ii. Mengganggu hak murid-murid untuk belajar.

iii. Menimbulkan rasa kurang selamat murid

    dari segi psikologi dan fizikal.
iv. Merosakkan harta.








§  Masalah disiplin sekolah dikategorikan kepada empat jenis;

1.      Jenayah
2.      Kelakuan Negatif
3.      Membolos
4.      Menipu
                     
     

   Bukan semua murid  menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Guru juga perlu ingat bahawa bukan semua masalah disiplin berpunca daripada murid. Guru dan sekolah berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni di dalam bilik darjah, agar P&P dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Guru hendaklah  mengambil tindakan segera/serta-merta bagi memastikan perbuatan murid yang berkenaan tidak mengganggu hak dan keselamatan murid-murid lain untuk belajar.







^_^ Model Pengurusan Disiplin



Terdapat lima model pengurusan disiplin yang boleh digunakan sebagai pengaplikasian dalam pengurus bilik darjah. Antaranya:


§  Model Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner yang menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran yang meningkatkan tingkah laku yang diingini.


§  Model Disiplin Disiplin Asertif Canter yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.


§  Model Akibat Logika Dreikurs yang menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.


§  Model Pengurusan Kelompok Kounin yang menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru dalam pengurusan bilik darjah.


§  Model Terapi Realiti oleh William Glasser yang mengutamakan setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berasaskan pilihan yang dibuat yang mengambi kira keperluan asas mereka.



Kesemua model tersebut boleh digunakan sebagai cara untuk mengenal pasti masalah yang beraku dalam bilik darjah dan memberi panduan kepada guru bagaimana untuk membina strategi bagi mengatasi permasalahan ini sekaligus melahirkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah.






^_^ Hubungan Guru-Murid


KEPENTINGAN MEMBINA 
HUBUNGAN GURU-MURID

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN GURU-MURID


STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID