Guru perlu berusaha mencegah berlakunya sebarang tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid-murid. Guru yang juga digelar Pengurus Bilik Darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual seperti membersihkan bilik darjah, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti P&P, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan lebih berkesan & mengurus aktiviti kumpulan.
Mengikut Guey
R. Lefroncis (1999), pengurusan bilik darjah merupakan “sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti
guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan P&P di dalam bilik darjah,
merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk, dan
memperuntukkan masa pelajaran”.
Alberto &
Trroutman (1986), mendefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran,
peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk
pembelajaran.
Richards (1990)
mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan
serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
Sanford J., Emmer E.
& Clemment B. pula
mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk
menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta
membentuk persekitaran yang produktif.
info yang berguna. thanks ya. :)
ReplyDeletewelcome.. thanks juga sebab sudi menjenguk.. =)
ReplyDelete