Peraturan
Bilik Darjah
Entri kali ini kami akan
mengupaskan tentang peraturan bilik darjah. Pertama sekali, mari kita sama-sama
mengenali apa yang dimaksudkan dengan peraturan. Menurut buku Siri Pendidikan
Guru Pengurusan Bilik Darjah karya Haliza Hamzah,Joy Nesamalar Samuel, peraturan
membawa maksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di
dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu
bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Peraturan bilik darjah ini adalah
merupakan aspek yang fleksibel dan boleh dibentuk di dalam
kelas melalui persetujuan daripada guru dan murid agar pembelajaran dan
pengajaran dapat berjalan dengan lancar.
Melalui pengalaman kita
sendiri, kita dapat melihat senario perkembangan pendidikan dari bangku
prasekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah di mana setiap kelas yang kita
jalani telah ditetapkan peraturannya dan ada beberapa aspek
yang berlainan.
Hal ini disebabkan oleh, peraturan yang dibentuk ini ialah berdasarkan
keperluan murid di dalam sesebuah kelas. Guru yang berkesan akan membentuk
peraturan mengikut keperluan pelajar bagi
memastikan murid mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti tanpa
kekangan.
Peraturan bilik darjah yang berkesan juga haruslah menghasilkan persekitaran
bilik darjah yang kondusif. Peraturan yang dibentuk bukan
bertujuan untuk menghukum namun bagi mengurangkan gangguan dan meningkatkan
kualiti hasil pembelajaran. Melalui cara inilah pembelajaran dapat dilaksanakan secara
teratur dan lancar.
Semasa membentuk peraturan bilik darjah, terdapat
beberapa perkara yang guru perlu beri penekanan. Antaranya ialah:
1. Libatkan pelajar dalam
membentuk peraturan di kelas.
Melalui cara ini amalan demokrasi akan dapat diterapkan di dalam kelas. Murid berpeluang untuk menyatakan pendapat dan
buah fikiran di mana pelajar akan berasakan diri mereka sebahagian daripada
bilik darjah dan bukan hanya pemerhati.
Peraturan yang bermakna dan dipersetujui akan membantu membentuk disiplin yang
memberangsangkan.
2. Ayat peraturan haruslah
pendek dan senang untuk difahami.
Ayat yang ringkas akan memudahkan murid untuk
memahami mesej yang disampaikan dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
3. Hadkan bilangan
peraturan kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan pelajar.
4. Gunakan istilah yang
positif.
Penggunaan istilah yang positif akan lebih merangsangkan pelajar untuk tidak melakukan
kesalahan berbanding penggunaan istilah yang negatif
Elakkan penggunaan perkataan “Jangan..”
5. Guru sentiasa
mengingatkan murid tentang peraturan yang mesti dipatuhi semasa menjalankan
sesuatu aktiviti.
Peraturan haruslah dilaksanakan dengan
konsisten supaya berkesan dan bukan hanya
apabila tingkah laku bermasalah berlaku
7. Pamerkan peraturan di
bilik darjah.
8. Peraturan bilik darjah
haruslah selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya.
9. Sekiranya peraturan
tidak berkesan, guru haruslah membuat penambahbaikkan.
Guru haruslah sentiasa membuat pemantauan dan
meneliti peraturan yang dibentuk agar disiplin pelajar dapat dikawal. Sekiranya peraturan tidak berkesan, guru seharusnya bijak mengubahsuai
peraturan supaya dapat digunakan dengan berkesan untuk kepentingan bersama.
Rutin
Rutin juga bertujuan
untuk melincinkan proses pengajaran dan pembelajaran, sama seperti peraturan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rutin membawa maksud pekerjaan atau cara melakukan
sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak berubah. Manakala, menurut buku Siri
Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah karya Haliza Hamzah,Joy Nesamalar
Samuel, rutin merupakan prosedur atau langkah-langkah yang
mesti diikuti oleh murid dalam aktviti yang spesifik mereka di dalam bilik
darjah.
Rutin ini boleh dibentuk melalui perbincangan antara
guru dan murid
dan perlu sentiasa diberi peneguhan agar prosedur-prosedur yang
ditetapkan akan menjadi amalan di dalam bilik darjah lantas menjadi
budaya di sesebuah sekolah. Rutin yang sistematik akan mewujudkan bilik darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa dan
tenaga guru. Rutin ini selalunya diperkenalkan
pada awal tahun dan ini akan memberikan gambaran kepada murid bagaimana
prosedur di dalam kelas berlangsung.
1. Rutin kelas.
2. Rutin pentadbiran.
Prosedur guru mencatat kehadiran, pungutun yuran, laporan kemajuan murid, kad 001 murid dan kad kesihatan murid.
Pemulangan buku teks
daripada Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3. Rutin pergerakan murid.
Cara murid beratur sebelum masuk
atau keluar dari kelas dengan tertib dan teratur.
Perlakuan semasa di kantin, di pusat sumber, di tandas, makmal
komputer dan makmal sains.
4. Rutin pengurusan
tugasan.
Guru membuat persediaan terhadap
tugasan atau pembelajaran dan pengajaran.
Guru memberitahu hasil pembelajaran yang
diharapkan kepada murid.
Guru memantau aktiviti bilik darjah
dan menilai pencapaian murid.
5. Rutin pembelajaran.
Murid memungut buku latihan, mengagih
bahan dan buku.
6. Rutin interaksi.
Interaksi antara guru
dan murid semasa perbincangan kelas atau kumpulan, membuat ujikaji dan projek.
assalamualaikum..wahhhhhhh..bgus2..input yang baik..
ReplyDeletewaalaikumussalam.. moga memberi manfaat, =)
ReplyDeletePenggunaan huruf yg mudah dibaca. Ayat tidak berbelit-belit dan meleret. Ringkas dan lebih mudah difahami. Syabas!
ReplyDelete=)
ReplyDelete