Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku sememangnya sinonim dengan profesion keguruan. Oleh itu, apakah gambaran anda mengenai “bilik darjah”? Adakah ia satu tempat yang menyeronokkan? Adakah satu bilik yang mengandungi meja dan kerusi disusun ikut barisan? Masihkah anda ingat bagaimana guru-guru anda mengurus bilik darjah dan tingkah laku?
Bilik
darjah merupakan satu tempat yang
kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Konsep
bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif:
1. Satu tempat kerja
2. Satu sistem ekologi
Satu tempat
kerja
Tempat murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar.
Selain mengajar guru
merancang apa yang hendak diajar, menentukan hasil pembelajaran, mengawal
aktiviti di dalam bilik darjah, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
selesa, memberikan dorongan, menilai pencapaian murid-murid dan
sebagainya.
Manakala murid-murid akan memberi
perhatian, mengambil bahagian secara aktif, membuat latihan, mematuhi peraturan
bilik darjah agar P&P berjalan lancar.
Satu sistem ekologi
Bilik darjah dianggap sebagai satu persekitaran
khas (habitat) iaitu kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi
bagi menjayakan proses P&P (terus hidup).
Sifat saling bergantung sedemikian memerlukan
komunikasi interpersonal yang mempengaruhi tingkah laku dan sikap murid
terhadap pembelajaran.
Mereka yang berjaya menyesuaikan
diri di dalam ekologi ini akan terus berjaya dalam alam persekolahan.
No comments:
Post a Comment