Pages

^_^ Intervensi dalam Menangani Masalah Disiplin

Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya mengawal masalah disiplin daripada mengganggu keberkesanan kelancaran aktiviti di  dalam biliki darjah. Terdapat pelbagai intervensi  yang boleh diguna oleh guru dalam menangani masalah disiplin. Antaranya;
-          Pastoral Care
-          Bimbingan dan Kaunseling
-          Teknik modifikasi Tingkah Laku 


Pastoral  Care


Merujuk kepada perkhidmatan jagaan kerohanian dan kaunseling. Dalam konteks pendidikan, pastoral care bermaksud amalan guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial murid-muridnya dalam aspek;
-          Isu-isu kesihatan
-          Sosial dan pendidikan moral
-          Pengurusan tingkah laku
-          Sokongan emosi 
§  Hornby, Hall & Hall (2003), Pastoral care merujuk  kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional.
  
§  Pastoral care ialah elemen sokongan selain daripada tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru bagi merialisasikan kehendak FPK dan PIPP untuk menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis.

§  Pastoral care fokus kepada aktiviti;
ü  berpusatkan murid yang membentuk   murid secara individu.
ü  memotivasikan murid.
ü  mendedahkan murid dengan ciri-ciri   kepimpinan.
ü  penerapan nilai-nilai murni, moral dan   agama.

§  Terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling, bimbingan, dan pendidikan peribadi serta sosial.
ü  Kaunseling: Membantu murid-murid secara individu/kelompok untuk menangani masalah yang sedang  mereka alami serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan. 

ü  Bimbingan: Membantu murid-murid secara individu/kelompok membuat keputusan berhubung hal-hal peribadi, akademik/kerjaya. 

ü  Pendidikan Peribadi dan Sosial: Isu-isu penting boleh diterapkan/diintegrasikan  dan disampaikan  sebagai satu mata pelajaran yang berasingan oleh guru-guru bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling  dll.



Bimbingan dan Kaunseling 



§  Merupakan salah satu cara intervensi yang berkesan untuk membantu murid yang menghadapi masalah/kesulitan.  Merupakan proses yang berlanjutan dan berterusan, bagi membantu murid-murid mengetahui /menyedari kebolehan & potensi serta kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian persekitaran.  

§  Melalui bimbingan, potensi murid akan dikembangkan secara maksimum agar murid memperoleh keharmonian dan kejayaan dalam dalam kelas.  

§  Intervensi awal dalam bentuk bimbingan di dalam bilik darjah akan membantu murid daripada terjebak ke dalam masalah /salah laku yang lebih serius. Manakala kaunseling pula adalah satu bentuk perkhidmatan yang profesional, dilakukan oleh guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang telah menerima khusus dalam khidmat kaunseling.  

§  Kaunseling  merupakan satu proses  di mana guru kaunselor membantu klien, iaitu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, kekuatan dan kelemahan diri supaya murid dpt membuat keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.  

§  Seseorang guru  kaunselor akan cuba membantu kliennya untuk mencapai matlamat hidup yang realistik supaya murid tersebut dapat mengembangkan potensi diri secara optimum dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dengan baik.  

§  Bimbingan dan kaunseling bukan merupakan satu khidmat atau proses yang berbentuk  arahan atau penyelesaian masalah, tetapi ia lebih kepada ; 
-          khidmat nasihat 
-          Bimbingan dan bantuan untuk individu mengenal diri  
-          Dapat membuat keputusan sendiri.        

§  Pembimbing dan kaunseling bukan membuat keputusan atau menyelesaikan  masalah klien tetapi sebagai usaha membantu klien mengenal pasti kekurangan  diri.

§  Etika bimbingan & Kaunseling: 
-          Etika kaunseling merujuk kepada satu sistem prinsip tatalaku yang
      menjadi garis panduan tingkah laku seorang individu (APA, 2002).
 
-    Di antara etika  dalam B&K;
-          Sifat menghormati murid 
-          Kerahsiaan 
-          Keperihatinan dan bertanggungjawab


Teknik Modifikasi Tingkah laku

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada penggunaan teknik-teknik pemelajaran asas untuk mengubah tingkah laku manusia, sama ada meningkatkan tingkah laku wajar, atau mengurangkan/menghapuskan tingkah laku yang tidak wajar.





No comments:

Post a Comment