Apabila
murid-murid terbiasa dengan suara yang agak kuat, mereka akan kurang peka
dengan suara guru dan guru terpaksa meninggikan lagi nada suaranya. Apa
kata kita ubah cara ini kepadamemberi arahan dengan nada suara yang halus?
Apabila seorang guru bercakap dengan nada yang perlahan atau
halus,murid
akan cuba untuk mendengar suara guru dan secara tidak langsung, kelas akan
menjadi senyap untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap percakapan guru.
Bagaimanakah kita mengaplikasikan aktiviti ini?
Senang
sahaja. Guru
masuk ke dalam kelas sambil menyembunyikan
kon pembesar suara di dalam beg. Setelah itu, guru
mengeluarkankon
pembesar suara dan meletakkan di hadapan mulut lalu bercakap dengan nada suara yang halus atau perlahan tetapi mampu
didengar oleh murid-murid.
Namun...
Seorang guru harus bijak mengaplikasikan aktiviti
ini kerana jika membuat aktiviti ini tanpa menarik perhatian terlebih dahulu
akan mengakibatkan murid-murid tidak berminat dengan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh guru.
Siapakah yang tidak berminat dengan silap
mata? Sebut sahaja 'magic', semua akan
teruja untuk mengetahui bagaimana si tukang silap mata membuat helah
dalam aksinya.
Kami mencadangkan guru menggunakan kaedah silap mata yang sesuai dan menarik perhatian murid. Apabila guru dapat menarik perhatian murid, secara tidak
langsung beliau telah mengubah suasana kelas yang suram dan kucar-kacir kepada
suasana yang memberangsangkan.
Hal ini
kerana kanak-kanak mempunyai nilai 'investigative' yang sangat tinggi.
Mari kita aplikasikan silap mata yang ditunjukkan di bawah di dalam kelas.
Pasti berkesan. Selamat mencuba kawan-kawan!
Salah satu aktiviti yang boleh
digunakan untuk menarik perhatian ialah dengan menggunakan Ding Dong
Bell. Alat ini merupakan loceng
yang mempunyai kepelbagaian warna dan juga nada. Penggunaan loceng ini boleh ditetapkan oleh guru dan juga
kolaborasi dengan murid-murid. Sebagai
contoh, kita mengambil warna asas iaitu merah, biru, kuning dan hijau.
Berdasarkan warna ini guru akan menetapkan tindak balas yang perlu dilakukan oleh murid-murid
berdasarkan warna loceng yang dibunyikan.
§Loceng Merah: Berdiri
tegak di tempat masing-masing
§Loceng Biru: Meletakkan kepala di atas meja masing-masing
§Loceng Kuning : Semua murid melakukan
gerakan Zip Mulut
§Loceng Hijau: Semua murid mengangkat tangan
ke atas meja