Pages

^_^ Aktiviti I (Ding Dong Bell)

Salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk menarik perhatian ialah dengan menggunakan Ding Dong Bell. Alat ini merupakan loceng yang mempunyai kepelbagaian warna dan juga nada. Penggunaan loceng ini boleh ditetapkan oleh guru dan juga kolaborasi dengan murid-murid. Sebagai contoh, kita mengambil warna asas iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Berdasarkan warna ini guru akan menetapkan tindak balas yang perlu dilakukan oleh murid-murid berdasarkan warna loceng yang dibunyikan. 
§  Loceng Merah     : Berdiri tegak di tempat masing-masing 
§  Loceng Biru        : Meletakkan kepala di atas meja masing-masing 
§  Loceng Kuning    : Semua murid melakukan gerakan Zip Mulut 


§  Loceng Hijau      : Semua murid mengangkat tangan ke atas meja

Berdiri tegak di tempat masing-masing

Meletakkan kepala di atas meja masing-masing  

Semua murid mengangkat tangan ke atas

Semua murid melakukan gerakan Zip Mulut









^_^ Aktiviti Jawatankuasa


Di bawah ini merupakan aktiviti-aktiviti jawatankuasa: 

            Disiplin
i.     Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni
ii.   Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dilaksanakan
iii. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan tingkah laku.
iv.  Menyelaras dan menyediakan REKOD Disiplin dan LAPORAN Murid.
v.   Turut menjadi guru Penasihat Lembaga Persatuan Pengawas Sekolah.

Bimbingan dan kaunseling
i.   Merancang dan menyelaras perlaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
ii.  Menyelaras dan menyediakan REKOD Bimbingan dan Kaunseling Murid dan menyediakan laporan yang diperlukan
iii. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Pentadbiran
i.      Mengemas dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.
ii.    Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid Sidang Pagi.
iii.   Mengurus pertukaran murid
iv.   Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
v.    Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
vi.   Menyemak Buku Kemajuan Murid dan jadual markah.