Apabila
murid-murid terbiasa dengan suara yang agak kuat, mereka akan kurang peka
dengan suara guru dan guru terpaksa meninggikan lagi nada suaranya. Apa
kata kita ubah cara ini kepada memberi arahan dengan nada suara yang halus?
Apabila seorang guru bercakap dengan nada yang perlahan atau
halus, murid
akan cuba untuk mendengar suara guru dan secara tidak langsung, kelas akan
menjadi senyap untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap percakapan guru.
Bagaimanakah kita mengaplikasikan aktiviti ini?
Senang
sahaja. Guru
masuk ke dalam kelas sambil menyembunyikan
kon pembesar suara di dalam beg. Setelah itu, guru
mengeluarkan kon
pembesar suara dan meletakkan di hadapan mulut lalu bercakap dengan nada suara yang halus atau perlahan tetapi mampu
didengar oleh murid-murid.
Aktiviti yg sgt kreatif dan bijak. terima kasih bnyak2 atas cadangan yg bernas ini. :D
ReplyDeleteSama-sama, semoga berjaya diaplikasi dalam bilik darjah :c:
ReplyDelete